Bukan
saja menyamun wang tunai, cincin emas dan komputer riba, malah seorang lelaki
berusia lewat 30-an turut melarikan seluar dalam milik pekerja sebuah salun di
Setapak, selepas merogolnya.
Petikan
HM :
Difahamkan,
lelaki terbabit melarikan seluar dalam mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai
untuk dijadikan koleksi peribadi. Dalam kejadian jam 8 malam itu, lelaki
terbabit dilaporkan mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali selepas
merogolnya.
Mangsa
yang diselamatkan majikannya sejam kemudian membuat laporan di Balai Polis
Setapak, di sini. Menceritakan kejadian itu, sumber berkata, lelaki itu datang
ke kedai mangsa dengan berpura-pura mahu membuat rawatan muka.
“Mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki terbabit mengarahkannya masuk ke bilik rawatan,” katanya memberitahu ketika kejadian, mangsa bersendirian di kedai berkenaan.
Sumber
berkata, lelaki itu bertindak agresif dengan mencekik leher mangsa sebelum
mengugut untuk membunuhnya. “Mangsa yang cuba melawan dipukul. Ketika itu,
mangsa menangis dan merayu dikasihani.
“Rayuan
mangsa tidak diendahkan sebaliknya diarah menanggalkan pakaian sebelum
merogolnya,” katanya. Katanya, selepas merogol mangsa, lelaki terbabit mengikat
kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali sebelum menggeledah kedai berkenaan.
“Selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki itu kembali kepada mangsa dan mengambil seluar dalamnya. “Lelaki itu mendakwa mahu menjadikan seluar dalam mangsa sebagai koleksi peribadi,” katanya.
Sejam kemudian, majikan mangsa pulang ke kedai berkenaan sebelum mendapati pekerjanya itu berada dalam keadaan bogel dan terikat. Mangsa menceritakan kejadian terbabit sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.
Sumber berkata, antara barangan berharga dilarikan ialah wang RM500, komputer riba dan cincin emas. Difahamkan, sehingga kini, polis belum menahan suspek, namun usaha memburunya giat dijalankan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

3 comments:
gile seks tahap meroyan!
perghh . gambaq tu xblh tahan tuh .. haha ..
mmg kejam ! moga ada balasan setimpal untuk pelaku !
xtahan 2
Post a Comment