Seorang bekas
kakitangan awam Singapura yang menghadapi masalah ketagihan seks kehilangan
kerja selepas dia ditangkap beberapa kali menghilangkan diri pada waktu kerja
tanpa sebab yang munasabah.
Dalam temu bual dengan Lianhe Zaobao, perunding psikiatri Dr Li Jiaming mendedahkan nasib pesakitnya yang keluar pejabat pada waktu kerja untuk melanggan pelacur setiap dua jam. Jika dia tidak dapat berbuat demikian, lelaki itu akan melakukan onani di tandas kakitangan.
Seorang lagi lelaki yang terjerat dengan masalah ketagihan seks bermula dengan membaca majalah lucah sebelum kemaruk menonton klip video lucah di internet.
Dia akhirnya ditangkap oleh majikan selepas memuat turun pelbagai klip lucah dan menyimpannya dalam komputer pejabat.
Ketagihan seks bukanlah suatu bentuk ketagihan yang asing di Singapura. Ada penghidapnya tampil ke hadapan untuk merawat masalah yang dihadapi.
Pakar psikiatri yang ditemuramah oleh Lianhe Zaobao menyifatkan ketagihan seks sama seperti ketagihan alkohol, dadah, dan judi yang digambarkan dengan tingkah laku yang tidak terkawal dan berulang-ulang untuk memenuhi sesuatu keinginan. -Sumber Klik SIni

2 comments:
ish ish ish
alahai teruknya..
Post a Comment