Blog Ohsenyum

20 May 2012

Akibat Kemaruk Seks, Adik Sendiri Dirogol


Akibat kemaruk seks, seorang lelaki sanggup melompat masuk ke dalam bilik air dan menarik keluar adik perempuannya berusia 17 tahun sebelum memaksa mangsa memuaskan nafsunya dalam kejadian di Taman Dato Senu.


Petikan HM :

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berkenaan yang pernah cuba untuk merogol mangsa beberapa kali itu masuk ke dalam rumah ketika mangsa berseorangan dalam rumah.

Sumber polis berkata, sebaik nampak abangnya masuk ke dalam rumah, mangsa yang ketakutan menyembunyikan diri dalam bilik air bagaimanapun lelaki berkenaan yang nampak mangsa melarikan diri memanjat perabot di dalam rumah untuk mengintai mangsa.

Menurutnya, selepas memaksa mangsa untuk membuka pintu, lelaki berkenaan kemudian melompat masuk ke dalam bilik air sebelum menarik keluar mangsa.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa dicabul lelaki berkenaan selain pakaiannya cuba ditanggalkan namun akibat mangsa melawan, lelaki itu menolak ke atas katil,” katanya.

Selepas itu, katanya, lelaki berkenaan membogelkan mangsa dengan ganas sebelum merogolnya dan meninggalkan mangsa bersendirian di rumah.

1 comment:

aimaniman said...

manusia akhir zaman kan...

atau akibat belanja kawin yg semakin tinggi dan semakin ramai lelaki yang gagal belajar, perempuan ramai di u, terlalu demand.. akibatnya lelaki terpaksa????...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive