Kes
cinta…..biasalah, dah gatal. Yang teruknya tu, pelajar perempuan ini sanggup
ponteng sekolah, demi bermadu asmara di sebuah hotel murah. Hebat bukan…mak
bapa bagi duit..untuk dia melakukan maksiat ke??
Petikan
SH :
Bagaimanapun,
kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu
malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak
Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.
Ketika
serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman
lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.
Pelajar
perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia
tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman
lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.
Difahamkan,
kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu
lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan
datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang
difahamkan baru bangun tidur.
Soal
siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan
itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.
Mereka
akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman
denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
sekali.

9 comments:
adezzz kawen kn je la
hmmm budak2 skang nih beraninya terlebih2...takut lah dgn cabaran skarang nih dalam membesarkan anak2..
Alamak ai.. Kampung MM tu.. Apela nak jadi budak2 ni.. Adoiyai..
kesian..
cepat2 kawain.. bodo toi budak2 skang..
:((
jom baca nak tingkat iman hampa:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/04/ingat-selalu-semoga-terus-menjadi.html
br kenal jerk ?? aduhh syg la budak br nk ambik SPM dh pandai buat keje cmni .. :( kesian mak ayah ..
haisshhh...sekolah pun tak habis lagi..da buat perangai...adehhh..mcm2 la budak2 zaman sekarang ni...~
pulop? apo nak jd dgan budak2 skrang ni..
wauwh waduwh....hhhh
pengajaran tu
Post a Comment