Hanya
kerana sebuah telefon bimbit, seorang penganggur sanggup bertindak bodoh
apabila membuat kecoh di pejabat jandanya dalam masa sama mencederakan mangsa.
Ini
yang bahaya ini, kalau dah masuk mahkamah….susah nak lepas. Tak kiralah adik
beradik kah, keluarga kah, suami isterikah….kalau dah salah, tetap di jatuhkan hukuman. Walau pun
hukman yang di buat kadang kala tidak adil.
Ala
biaslah tu, dorang ini bukan ada masa kejadian, mereka (peguam) hanya mendengar
kisah dari mangsa dan yang tertuduh. So, pandai-pandailah putar belit fakta kan……may
baca sepenuhnya…
Petikan
SH :
Tindakan
tertuduh, Mohd Raffi Midin, 40, dari Kampung Gemuroh, Tepoh, bukan sahaja
mendatangkan kecederaan kepada mangsa tetapi turut memalukan mangsa menerima
pembalasan setelah didenda RM2,200 oleh Mahkamah Majistret.
Majistret
menjatuhkan hukuman terbabit selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua
pertuduhan.
Bagi
pertuduhan pertama, Mohd Raffi mengaku bersalah telah menceroboh masuk bangunan
Pekedaian Permint Harmony, tanpa kebenaran kira-kira jam 11.30 pagi.
Bagi
kesalahan itu, dia dikenakan denda RM1,000 atau dua bulan penjara sekiranya
gagal menjelaskan denda. Selain itu, Mohd Raffi turut mengaku bersalah
mendatangkan kecederaan terhadap mangsa di tempat, waktu serta hari sama dan
bagi kesalahan itu, dia dikenakan denda RM1,200 atau dua bulan penjara jika
gagal menjelaskan denda terbabit.
Berdasarkan
fakta kes, tertuduh datang ke pejabat mangsa lalu bertindak di luar dugaan
merampas telefon bimbit milik mangsa. Bagaimanapun, rakan sekerja mangsa cuba
menghalang tindakan biadap tertuduh dan semasa itulah berlaku sedikit
pergelutan di antara tertuduh dan mangsa.
Berikutan
pergelutan itulah, mangsa cedera di tangan dan lutut kanan manakala tertuduh
bertindak melarikan diri tanpa sempat mengambil telefon bimbit milik mangsa. Bimbang
kejadian tidak diingini berlaku, mangsa terus membuat laporan di Balai Polis
Kuala Terengganu untuk tindakan susulan dan berikutan itu.

3 comments:
macam2 skrg ni...
ada otak letak kt lutut
malang betui
Post a Comment