Tak habis-habis kes
macam ini. Kasian wanita ini, baru berusia 25 tahun…dah jadi mangsa keganasan.
Dan lagi teruk..orang yang melakukannya adalah seorang lelaki warga Bangladesh.
Bayangkan lebih
kurang 7 bulan wanita ini di kurung….dibelasah dan diperkosa. Dia ingat wanita
ini anak patung…..tak ada perasaan!! Bagi aku lah kan, lelaki macam ini, patut
di hukum sekeras-kerasnya. Apa punya jantan…may baca sepenuhnya….
Petikan HM :
Lebih kejam, mangsa
mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan
keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.
Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong.
Menceritakan semula
kejadian itu, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan
pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan. Mangsa yang tertarik dengan
tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum
dikurung.
Mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya. Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung.
Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan. Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.
Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.

1 comment:
warga bangladesh ke punya kerja???jahanam punya pendatang.datang malaysia sehelai sepinggang,ada hati nak jadi penjenayah.tak kenang budi punya org!
Post a Comment