Ini kali pertama aku terbaca buah zakar pecah. Fuuuu sakit gila tu....!!
Kes ini berlaku pada ahli gusti profesional..ala WWE tu, mesti korang tahu ini
kan.
Seorang bekas ahli gusti profesional mengemukakan
saman terhadap lawannya kerana menyepak bahagian sulitnya terlalu kuat hingga
menyebabkan satu buah zakarnya pecah hingga terpaksa dibuang.
Nasib baik sebuah, kalau kedua-duanya.....gelap masa depan bro!. May sini
baca sepenuhnya.....
Petikan BH :
John Levi Miller, 23, turut mengemukakan saman terhadap promoter yang mengatur perlawanan mereka tahun lalu.
Malah, Miller mendakwa, lawannya itu sepatutnya kalah kepadanya di
gelanggang mengikut persetujuan sebelum perlawanan tetapi bertindak sebaliknya
ketika bertarung.
Dalam samannya, Miller mendakwa Clinton Woosley adalah ‘heel’, takrif
merujuk kepada orang yang sudah dipilih untuk kalah dalam perlawanan itu Jun
lalu, lapor akhbar The Courier-Journal di Louisville, Kentucky.
Katanya, Woosley yang menggunakan nama Guido Andretti ketika bergusti menolak permintaannya supaya mereka merancang pertarungan seperti biasa dilakukan sebaliknya menyatakan sudah faham dan akan berakhir seperti dirancang.
Bagaimanapun, Woosley cuba menang perlawanan mereka dan membuat sepakan kuat ke bahagian sulitnya, kata Miller.

Menurut maklumat laman web gusti, Miller dilaporkan sebagai seorang ahli
gusti muka baru WWE yang menggunakan nama ‘The Playboy J-Millz.’
Peguam Miller, Larry Wilder dari Jeffersonville, memberitahu akhbar bahawa anak guamnya meletakkan ais pada bahagian sulitnya selepas pulang daripada perlawanan dengan Woosley.
Oleh kerana keadaan tidak semakin baik, Miller mengunjungi hospital keesokannya apabila doktor memutuskan untuk membuang buah zakar sebelah kanannya yang pecah.
Promoter perlawanan, Sam Cosby, pemilik ‘Coliseum Championship Wrestling’ yang menaja pertarungan menyifatkan keterangan Miller tidak benar.
Katanya, Miller menang perlawanan itu seperti yang dirancang dan tidak memberitahu mengalami sebarang kecederaan.
“Dia tidak pula mengadu apa-apa,” kata Cosby.

main lg lawan2... kan dah terima akibat... huhu...
ReplyDeleteerr ==' . Taktawu benda apa tu, tapi nk ckp, padan muka ja.. gusti la sgt ;p
ReplyDelete