Bila undang-undang
manusia mengatasi undang-undang Tuhan, maka jenayah semakin berleluasa, syaitan
bertopengkan manusia semakin berkuasa. Aku
bukannya nak salahkan kerajaan....yang aku nak salah ialah ibu-bapa kerana
gagal mendidik anak mereka.
Macam kes ini,
seorang wanita muslim disamun, diikat mata, dikurung, dirogol dan gambar bogel
dirakam. Bayangkan keadaan dia sekarang macam mana?? Dasyatnya dugaan yang dia
alami....
Petikan SH :
Wanita yang berumur 24 tahun, sebelum kejadian malang itu memandu kereta bersendirian menuju ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter Shah Alam di Seksyen 19.
Difahamkan, setiap hari mangsa menaiki komuter untuk ke tempat kerjanya di ibu negara. Ketika mangsa baru meletakkan kenderaannya, datang sebuah kenderaan lain dinaiki dua lelaki.
Suspek menarik keluar mangsa dan terus mengacukan sebilah parang di lehernya. Suspek meminta wang tetapi mangsa mengatakan duit di dalam bank.
Berang dengan pengakuan tersebut, suspek mencabut tudung mangsa dan mengikat matanya. Mangsa dibawa lari menaiki kereta dengan niat untuk membawanya ke bank.
Suspek bagaimanapun tidak membawa mangsa ke bank, sebaliknya membawa wanita itu ke sebuah rumah yang tidak dikenal pasti. Mangsa terus dikurung di dalam sebuah bilik. Kemudian, datang seorang lagi suspek, merogol dan merakam gambar bogel mangsa.
Sebelum didatangi suspek ketiga, mangsa dipaksa meminta wang daripada keluarga atas alasan salah seorang penjenayah itu berhutang dengan ah long, RM2,000.
Selepas dirogol dan diugut, mangsa menelefon teman lelakinya dan meminta wang RM500. Selepas itu suspek membawa mangsa untuk mengeluarkan wang tersebut sebelum ditinggalkan di Stesen KTM Komuter Batu 3, dalam keadaan tidak bermaya.

3 comments:
jahatnye....takut lak baca kisah2 mcm ni...
hmm macam2 sanggup buat bila dah jadi hamba duit....tp sampai meragut kesucian wanita tu x tahan tuh...dah le gituh amik gambor ag...kejam nya la hai....
sadis sunggh...apalah takde perikemanusiaan. nilai-nilai murni semakin hilang
Post a Comment