Blog Ohsenyum

17 January 2012

Isteri Orang Dicekup Berkhalwat



Sebelum korang baca berita ini, korang perlu tahu.....sebenarnya isteri orang yang dicekup ini dah tuntun cerai dengan suaminya selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga. Tetapi mereka sudah berpisah sejak dua tahu lalu dan sehingga kini proses perceraian mereka masih tertangguh.

Faham kan....jadi persoalannya di sini kenapa Jabatan agama Islam tidak mengeluarkan surat cerai mereka?? Dah 2 tahun berpisah...tidak cukup kah lagi membuktikan mereka ini tak mahu bersama??

Dan akibatnya...jadi macam inilah....

Petikan SH :  

Ketika ditahan kira-kira jam 1.20 pagi oleh Penguat kuasa Pejabat Agama, anak kedua wanita terbabit yang berusia lingkungan dua tahun turut berada di rumah berkenaan.

Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar panjang membuka pintu.

Pihak penguat kuasa hanya menunggu kurang lima minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan. Selain lelaki yang membuka pintu, pemeriksaan lanjut menemui dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki dalam rumah tersebut.

Wanita berusia 21 tahun yang merupakan adik kepada lelaki terlibat turut ditahan kerana bersubahat. Pasangan ini kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

Pada awalnya, pasangan itu cuba menyembunyikan hubungan mereka tetapi akhirnya mengaku mereka adalah pasangan kekasih selepas disoal siasat oleh pihak penguat kuasa.

Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa dalam proses bercerai dengan suaminya selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

“Tetapi kami sudah berpisah sejak dua tahun lalu kerana tiada persefahaman dan sehingga kini, saya tidak tahu di mana suami berada.Ini menyebabkan proses perceraian kami tertangguh begitu sahaja,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive