Blog Ohsenyum

30 November 2011

Kisah Lif Di Tempat Kerja


 “man, awal kau datang kerja hari ini? Mimpi apa kau?”...kata rakannya di tempat parking kereta....

“Ala biasalah, ini harikan gaji....”

“ooo ye kan....patutlah isteri ku layan aku kat rumah...baik punya!!”

“hahah...ada-ada je kau ini...”

“aku harap...dapatlah bonos hari ini......”

“aku pun macam tu juga...maklumlah musim cuti sekolah...”

Sambil berjalan ke arah lif....

“man...biar betul lif tempat kerja kita ini.....”

“Ya Allah, ini rosak ke apa ini??...”

Sanggup Potong Tangan


Sanggup potong tangan, sebab apa? sebab nak dapatkan insurans lah...tak kan nak suka-suka potong....Gila ke!

Kes ini berlaku di Taipei, lelaki ini kata tangannya di potong semasa berlakunya rompakkan. Perompak itu hampir memotong tangannya hingga putus di sebabkan nak melarikan cincin dan jam Rolex.

Jadi lelaki ini pun pergi berjumpa doktor, dan dia terpakas menjalani pembedahan memotong tangannya di sebabkan terlalu teruk untuk diselamatkan....

Nak baca sepenuhnya sila.....Klik Sini.

Kad Jemputan Paling Mantap


Contoh Kad Jemputan, tapi bukan yang ini......

Fuuwooooo kad jemputan paling mantop yang aku perna nampak, bukan gambar kat atas tu...tu contoh je. Agaknya kad jemputan paling mantop ini sekeping mungkin RM30 lebih kot...kemungkinan lah.

Kata blog ini, kad ini di terima dari anak buat isteri dia. Bertualah blog ini dapat kad jemputan macam tu....kalau tak pi, rasa bersalah pula nanti. Katanya yang jemput dia ini kahwin dengan mat salleh....beeeee dasat tu!!

Maklumlah kalau dah jodoh kan, tak kemana. Nak tengok ke....kad jemputan tu....kompom korang akan jealous tau.....sila Klik Sini.


P/s: itu baru kad jemputan...belum lagi majlis perkahwinannya.....huhuhu

Mencari Lelaki Bujang


Mencari lelaki bujang yang macam mana? Adakah lelaki itu kaya? kaya dari segi budi bahasanya..atau kaya dengan egonya. Mencari lelaki bujang bukannya senang, sebab lelaki ini suka memilih...

Kalau boleh, pilih perempuan yang cantik, cute, comel, seksi dan macam-macam lagilah. Kecantikan perempuan ini susah nak definisikan secara khusus...kalau tak percaya klik sini.

Untuk cari lelaki bujang, anda perlu mengenal pasti ciri-ciri lelaki yang anda nak cari itu. Untuk mengenai pasti lelaki yang kita mahukan, lihat pada diri sendiri dahulu...apa kekurangan dan kelemahan kita (wanita).

Contohnya anda seorang pemarah...maka carilah lelaki yang bersifat suka memujuk, atau yang bertentangan dengan kekurangan dan kelemahan anda.

Mencari lelaki bujang melalui internet mimang senang. Sebab ramai lelaki yang bukan bujang mengaku bujang. Jadi anda perlu berhati-hati semasa mencari lelaki bujang.

Antara web yang selalu kawan ku guna untuk mencari teman wanita bujang ialah facebook, YM, dan Taggged.  Mungkin anda boleh menggunkan web ini untuk mencari lelaki bujang...macam kawan ku.

Untuk pengetahuan anda, cayob.com ini pun bujang juga...hehehe. Sempat lagi promot diri sendiri.....


P/s : Jangan lupa doa semoga di cepatkan jodoh. Amin!

29 November 2011

Kisah Abah Nak Cari Baby Sitter Untuk Adik



“abah!..abah!....tadi adik ada nampak poster mengenai perempuan nak cari kerja sebagai baby sitter...”....kata anaknya.

“waaa bagus adik, kebetulan mak dan abah nak cari baby sitter untuk jaga kamu....”

“ala abah, tak yalah nak guna baby sitter jaga adik...adik pandai jaga dirilah abah..”...sambil mulut adik muncung!

“dah-dah....mana poster tu...kasih tunjuk pada abah....” dalam hati abahnya “kalau cantik baby sitternya, dengan aku sekali dia perlu juga hehehe”

“sinilah, ada kat situ.....” sambil menarik tangan abahnya...

Sambil berjalan.... “adik, cantiknya baby sitternya tu?” kata abahnya..

“cantik abah, macam puteri raja....”

“waaaaa, cepatlah...mana...dia?”

5 minit kemudia....

“ini abah.....posternya....”

“Ya Allah, tak jadilah nak ambil dia jadi baby sitter kamu, abah macam tak yakinlah....”

Suami Terminum Susu Isteri



Sebelum tu, jangan nak fikir bukan-bukan. Entri ini bukan mengenai seks, tapi mengenai agama. Mungkin terminum susu isteri disebab isterinya menyimpan susu badanya yang telah diperah di atas meja.

Maka datanglah si suami ini, dengan rasa dahaga...terus minum susu tadi. Adakah ianya haram atau tidak?

Dah namanya TER, tak di sengajakan tak apalah. Cuma kadang kala ada suami yang gatal nak minum susu isterinya maka ianya haram. Ini kerana taku mulut si suami itu boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah dengan sebarang penyakit.

Di peringatkan kepada pasangan suami isteri, semasa melakukan jimak dengan isteri anda. Menghisap payu dara isteri adalah harus, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak, adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Dalam Al-quran juga ada menyatakan mengenai tempoh penyusuhan isteri, susuan hanyalah terbatas untuk 2 tahun pertama kanak-kanak.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)

 P/s : Susu isteri adalah hak anak bukan hak suami. Jadi jangan nak pandai-pandai nak kongsi bersama anak susu isteri ye. Pergilah buat susu sendiri.......

Tugas Isteri Bukan Hanya Untuk Seks Sahaja


Tugas isteri bukan hanya untuk memuaskah seks suami saja, tapi ada banyak lagi tugas yang perlua di laksanankan oleh si isteri. Mimang benar si isteri perlu memuaskan kehendak seks suami.

Pada bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.

(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

Tugas seorang isteri juga perlu menyediakan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan.

Si Isteri perlu tahu cara menghias rumah, supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Sebenarnya ada banyak lagi tugas-tugas seorang isteri.....nak tahu lebih lanjut sila....Klik Sini.

Linda, Pertama Kali Bersama Lelaki


Cerita ini mengenai seorang wanita bernama Linda yang pertama kali bersama dengan lelaki. Sunggup teruja membacanya saat dia bersama dengan lelaki ini, ooo linda....!!

........sebaik sahaja Linda baring, dia mula merasakan otot-otot mula menegang. Linda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi lelaki itu enggan menerima alasan Linda bahkan semakin merapatinya. Lelaki tersebut bertanyakan adakah Linda takut?

Tetapi dengan berani Linda menggelengkan kepala. Jari- jemari lelaki tersebut mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat Linda mengerang. Tetapi lelaki tersebut masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.

Dia merenung jauh ke dalam mata Linda dan mahu Linda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama baginya. Dia terus tersenyum dan Linda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Linda mula merayu agar dia mempercepatkannya. 

Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar Linda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin Linda merasakan tisu-tisunya koyak!. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.

Lelaki tersebut merenung kepada Linda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata Linda direnangi dengan airmata tetapi Linda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya dengan lebih cepat.
Lelaki tersebut meneruskan dengan apa yang patut dilakukan.

Linda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian Linda merasakan sesuatu terkeluar dan lelaki itu menunjukkan  kepada Linda.

Linda terbaring dengan wajah yang pucat. Lelaki itu menghamparkan sekuntum senyuman kepada Linda dan mengatakan Linda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.

Linda hanya tersenyum tawar. Ini juga adalah pengalaman pertama Linda. Dengan senyuman yang tawar Linda pon mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut giginya. Sakit sungguh!! kata Linda di dalam Hatinya....

Sumber copy And Past Klik Sini


P/s : jangan marah... :P

28 November 2011

Kisah Abang Ku Cat Kereta



“abang! Nak buat apa tu?”.....kata adiknya

“nak cat kereta ini......”

“waaa makin cantiklah kereta abang ye!”

“mestilah.....abang yang cat....”

“abang nak cat warna apa??”

“abang nak cat warna putih.....”

“oooo....abang tahu kah nak cat kereta ini??”

“tahu lah!! Sini tengok abang, abang kasi tujuk cara-cara mengecat kereta...”

Kemaluan Lelaki Tersekat....


Waa cerita mengenai kemaluan lelaki ini, bahaya sikit. Ini kes yang berlaku di negara luar yang kemaluan lelaki tersekat di sebabkan cincin.  Nak tahu cerita nya......

Seorang lelaki tiba-tiba datang ke hospital, dan menujukkan kemaluannya tersekat dengan sebuah cincin.  Doktor pun terkejut dengan kes ini, doktor pada masa tu..tak tahu macam mana nak keluarkan cincin dari kemaluannya.

Maka doktor ini pun menghubungai pejabat pemadam kebakaran dan memerlukan 10 orang untuk mengeluarkan cincin dari kemaluan lelaki ini. Mereka pun cuba mengeluarkan cincin tersebut dari kemaluan lelaki ini, tetapi pecubaan mereka gagal.

Nak tahu berjaya atau tidak mereka mengeluarkan cincin dari kemaluan lelaki ini, sila....Klik Sini.


Tanda Isteri Mahukan Hubungan Seks


Ini pun nak beritahu orang ke, tanda isteri mahukan hubungan seks. Ala biasalah tu.....nak tarik trafik kan. Heheh. Tak adalah, maklumlah musim cuti sekolah ini, ramai orang bujang menamatkan zaman bujangnya.

Jadi, mungkin ini dapat membantu mereka....mungkin lah! Antara tanda-tanda isteri mahukan hubungan seks ialah apabila si isteri melihat suami seperti mengharapkan sesuatu.

Seorang suami boleh lihat dari pandangan matanya seperti mengharapkan si suami untuk ajak si isteri bergurau senda. Pada ketika itulah, si isteri mahukan sentuhan fizikal dari si suami.

Kedua, si suami boleh rasa aura dari diri si isteri. Macam mana nak rasa aura si isteri ini? mudah je....apabila si isteri mulai rapat dengan si suami....akan merasa rangsangan.

Nak baca sepenuhnya sila......Klik Sini

Penyakit Tidak Berjangkit Antara Pem­bunuh Nombor Satu Negara




Mesti korang tertanya-tanya apa itu penyakit tidak berjangkit? Kenapa boleh menjadi pembunuh nombar satu negara? Pertanyaan korang akan terjawab di sini.

Penyakit tidak berjangkit ini adalah penyakit  seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetes dan kencing manis....fahamkan. Penyakit ini menjadi pembunuh nombar satu negara sebab statistik dari ke­menterian menunjukkan bahawa sebanyak 60 peratus kematian di hospital negara ini adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit ini.

Dan  angka kematian ini lebih tinggi daripada angka ke­matian penyakit berjangkit tau. Jadi jangan pandang rendah pada penyakit tidak berjangkit, mungkin anda menghidap salah satu penyakit di atas.

Antara penyebab utama penyakit ini adalah tidak lain tidak bukan, permakanan kita. Kita hidup di dunia ini bukannya “hidup untuk makan” tapi “makan untuk hidup”.

Cara terbaik untuk atasi penyakit ini adalah dengan  amalkan merokok dan minum alkohol.....upsss jangan perasaanlah ye. Ini adalah penyebab paling  mudah kita mendapat penyakit tidak berjangkit itu.

Anggaplah setiap kita ini adalah seorang doktor, doktor kepada diri sendiri. Cubalah amalkan membuat pemeriksaan awal bagi mengetahui tahap kesihatan diri sendiri.....

Jangan sampai last-last minit baru nak cek kesihatan, jangan ingat kita ini sentiasa muda, kata orang.......sediahkan payung sebelum hujan. Jangan sampai jadi macam ini....Klik Sini

P/s: jangan baca je, amalkan ok!

Cari Teman Nafsu




Nak cari teman nafsu?? Atau senafsu? Atau kedua-duanya sekali :P. Mungkin ada antara kita tidak tahu apa itu nafsu? Nafsu bermaksud keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat.

Faham? Sebelum kita mencari teman nafsu..lebih baik kita kurangkan nafsu kita. Terutamanya hawa nafsu kita....

Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53)

Sumber klik Sini.


P/s : Berpuasa adalah cara terbaik untuk mengawal nafsu anda.

Rogol Gadis 17 Tahun.


Kepada wanita di luar sana, silalah ambil pengajaran mengenai kes ini rogol gadis 17 tahun. Perna tak mak bapa kita cakap, “jangan ikut orang yang tidak di kenali”...mak aku perna!

Walau apa sekali pun, jangan mudah terpengaruh dengan orang yang tidak di kenali. Macam kes ini, dirogol oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah ladang kelapa sawit

Gadis itu mendakwa diperdaya seorang lelaki ketika dia sedang menunggu van pekerja di perhentian bas bersebelahan rumahnya sekitar jam 1 petang.

Sebuah kereta jenis Proton Saga warna coklat dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an berhenti di perhentian bas itu, dan memberitahu dia diberikan tanggungjawab untuk menjemputnya dan pekerja lain berikutan van pekerja rosak.

Lelaki tersebut kemudiannya bertanyakan nama dan meminta pengesahan umpama mahu mengetahui adakah gadis itu orang yang dicarinya. Mendengar penjelasan diberikan, gadis itu pun percaya dan mengikutnya dengan kereta dipandu lelaki tersebut.

Sebelum ke lokasi kejadian, lelaki tersebut memberitahu mahu ke Taman Scientex terlebih dahulu kononnya mahu menjemput pekerja lain.

Bagaimanapun, perasaan bimbang mulai menyelubunginya apabila kereta yang dipandu itu langsung tidak berhenti di Taman Scientex, sebaliknya meluru laju di Jalan Kong-Kong menuju ke arah Kota Masai.

Gadis itu meminta lelaki tersebut supaya menghantarnya ke tempat kerja, tetapi tidak diendahkan. Setelah memberhentikan kereta, lelaki tersebut menarik gadis itu keluar dan kemudiannya meminta gadis itu duduk di tepi sebatang pokok kelapa sawit.

Dengan memberi alasan mahu membuang air kecil, lelaki tersebut menghilang sebentar sebelum datang kembali tanpa pakaian dan duduk di sebelah gadis tersebut.

Selepas itu, lelaki ini mula melakukan perkara yang tidak dingini terhadap gadis tersebut. Walaupun cuba menghalang, lelaki itu memarahinya dan mengugut mahu membunuh jika dia melawan.

Gadis itu cuba meminta lelaki tersebut supaya tidak mengapa-apakannya, namun diabaikan sebelum merogolnya.  Selepas kejadian, lelaki itu menghantar gadis tersebut ke bangunan kedai di Taman Scientex dan terus meninggalkannya. (petikan SH)

27 November 2011

Kisah Akak Dapat Hadiah



“Akak...o...Akak!! buka pintu tu....macam ada orang datang je”....jerit adik lelakinya....

“eee dia ini, ada je...buka lah pintu tu!!!”

“eeee adik sibuk lah akak...akak lah!! Bilik akak kan dekat pintu!”

“yelah-yelah.....” sambil berjalan ke arah pintu....

“siapa tu?”...jerit akak..

“mmm macam tak ada orang je....., tak apalah..aku buka je lah pintu ini” kata hatinya.....

......

“Ya Allah,.....adik!!!!!!” jerit akaknya

Internet Percuma Celcom, Maxis, Digi.





Internet percuma untuk semua jenis broadband sama ada celcom, maxis atau pun digi semua boleh. Macam tak percaya kan....bertualah siapa yang dapat menggunakannya....

Pandai betul orang ini buat ye. Sampai aku pun turut terpengaruh..... Nak tahu mengenai rahsia ini sila................Klik Sini


P/s : Senyum-senyum kambing :P

Hak Anda Sebagai Seorang Isteri


Golongan wanita perlu mengetahui dan memahami mengenai hak mereka sebagai seorang isteri, agar tidak menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Kenapa perlu tahu hak seorang isteri, kerana ianya merupakan ‘payung’ kepada golongan hawa dalam menghadapi sebarang masalah keluarga atau melibatkan kes perceraian.

Sebagai umat islam kita tidak mahu golongan hawa ini terus menjadi mangsa kekejaman dalam hal-hal rumah tangga serta diabaikan akibat kurang tahu akan hak mereka.

Terutamanya golongan kaum hawa yang tinggal di kawasan luar bandar, dan tak lupa juga yang tinggal di bandar. Mereka semua ini perlu mengetahui hak sebagai seorang isteri dalam hal rumah tangga dan tidak menganggapnya perkara remeh-temeh.

Hak sebagai seorang isteri ini penting kerana ianya seolah-olah perisai kepada anda semua. Jangan memandangnya dengan sebelah mata dan ambil serius tentangnya. Jangan disebabkan lalai anda menyesal pada kemudian hari.

Dunia kita ini semakin maju, zaman sekarang ini memerlukan golongan wanita yang mempunyai pengetahuan dan peka dengan isu-isu semasa. Ini semua adalah untuk kebaikan anda sendiri.

Anda perlu berani dan tidak berdiam diri apabila menghadapi masalah-masalah rumah tangga lebih-lebih lagi yang melibatkan perceraian.

Untuk mengetahui hak seorang isteri dalam sudut pandangan Islam sila......... klik Sini.

P/s : Ingat kaum adam, kita perlu lindungi kaum hawa...

Suka Isteri Pakai Seksi



Naaaa jangan fikir bukan-bukan ye. Tak salahkan, kita suruh isteri kita pakai pakaian yang seksi. Malah makin cantik isteri kita di mata kita. Kita pun makin sayang isteri kita...kan!! jangan nak bohong!!

Tapi kebanyakkan suami, menyuruh isteri pakai pakaian seksi apabila berada di luar rumah. Nak kasi tujuk kawan-kawan yang isterinya ini cantik, seksi, mantop hakikatnya.....auuwwww nak termuntah!!

Tapi siapa yang untung?? Suami kah  atau kawan-kawan?? Bodohlah suami itu memberi peluang kepada kawan-kawannya melihat benda yang tidak sepatutnya di kongsi bersama.

Dan bodoh lah juga seorang isteri yang memberi peluang orang lain melihat kecantikannya selain suaminya.

Jangan jadi bodoh, peliharalah isteri tu seperti intan belian.....tak sayang isterikah??

P/s : Siapalah orang bodoh ini ye????

Diana Amir Bertudung



Syukurlah artis Malaysia ini Diana Amir Dah Bertudung. Pelakon Diana Amir yang berlakon dengan Perre Andre dalam 321 Cinta dan Aku Masih Dara, dah mula bertudung selepas mendapat mimpi beberapa kali tentang hari kiamat.

Harap Diana Amir teruskan bertudung dan juga dalamilah ilmu agama ye. Kepada artis lain contohilah Artis Diana Amir ini....jangan tunggu tua baru nak mula beramal....

Menurut Diana Amir :

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

Sumber : Klik Sini

26 November 2011

Kisah Rumah Jiran Terbakar


“Bang, rumah jiran kita terbakar !!”...jerit isterinya...........

“Ya Allah, cepat-cepat tolong dorang tu.....”

“nak tolong macam mana bang, dah besar apinya tu??”

“ala, tak apa...abang p sendiri ambil air......”

“dah besar apinya bang!!!”

“tak apa, janji kita dapat tolong!!.....kasian dorang!! Cepat-cepat”

“mana  airnya bang...cepat.....”

“tepi-tepi ini air nya......!”

“La....itu je abang dapat tolong?”

Penyebab Wanita Paling Hodoh Di Dunia


Bolehlkah wanita kelihatan hodoh? Walau pun muka wanita tu cantik, tapi bila dia lakukan perkara seperti ini, pasti dia akan kelihatan hodoh! Antara perkara yang menyebabkan wanita kelihatan hodoh ialah :

1) Jahil

Dunia kita pada masa kini semangkin maju. Bila dah maju semua perkara akan turut maju termasuk wanita. Wanita maju dari segi ilmu pengetahuan. Tengok di IPT kebanyakkan pelajarnya adalah wanita berbanding lelaki.

Cuma pada masa ini ramai kaum wanita hanya mempunyai ilmu pengetahuan mengenai dunia, tapi akhirat (agama) hanya sedikit.  Wanita yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan, ekonomi, sosiologi, antropologi, politik, sains dan lain-lain akan tersesat tanpa bimbingan ilmu agama yang sahih.

Inikan pula wanita yang tidak tahu apa-apa selain kosmetik dan butik, jadi hendak ke mana dibawa anak-anak yang lahir dari rahim mereka ini?

2) Buta hati

Secantik mana rupa wanita tu, kalau dia buta hati maka hodohlah dia. Paras rupa mimang menjadi pilihan lelaki, tetapi rupa itu tidak kekal lama. Yang kekal lama adalah hati wanita itu.

Hati adalah segala-galanya bagi wanita. Jika baik hatinya maka baiklah amalannya dan begitulah sebaliknya. Mengapa sibuk mandi aura bunga-bungaan sebagai pembangkit tenaga dalaman tetapi hati pula dibiarkan busuk dan bernanah.

Apakah yang menyebabkan hati sakit?


3) Nak baca sepenuhnya, sila ............Klik Sini.

Cara Nak Tackle Hati Mertua



Kenapa nak tackle hati mertua? Sebab dia mertua anda....sebagai anak menantu yang baik, kita perlu tahu cara-cara nak tackle hati mertua. Bukan nak ngorat mertua....pula!

Cara ini bukanlah 100% dapat menjamin yang anda akan dapat tackle hati mertua, ianya cuma satu langkah yang perlu di buat oleh anak mentu, untuk mengeratkan lagi hubungan antara mertua dan menantu.

1.Sebaik sahaja anda telah sah sebagai tunang anaknya, maka jangan segan silu untuk berkenalan dengan keluarga mertua. Tapi sekiranya anda tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2.Kalau dah berkunjung ke rumah mertua ini, bawalah buah tangan. Nak ambil hati mertuakan, lebih baik sekiranya anda membawa sesuatu yang di gemarinya atau cenderahati.

3.Cuba kenal mertua dari facebook...upsss silap, kenal mertua melalui pasangan anda. Apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4.Perlu diingatkan kepada pasangan yang sudah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5.Nak baca sepenuhnya........sila Klik Sini

Suami Tipu Isteri, Kisah Benar.



Suami tipu isteri adalah satu perkara yang biasa berlaku dalam rumah tangga. Siapa tak perna tipu isteri, angkat tangan?? Hahah...tak nak mengakulah tu. Ala tipu sikit-sikit pun...tak apalah!

Semua tu, asam garam dalam kehidupan rumah tangga. “Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri”. Tapi lain pula kes ini, si suami menipu isterinya untuk dapatkan wang sebanyak RM200,000. Fuuuwoooo banyak tu!

Si suami yang baru seminggu bekerja di kedai makan milik abang iparnya menghilangkan diri jam 2.30 petang pada hari kejadian, malah tidak pulang ke rumah.

Isterinya yang bimbang dengan keselamatan si suami yang belum pulang ke rumah cuba menghubunginya beberapa kali, namun gagal.

Bagaimanapun, jam 1 pagi, Si isteri menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit suaminya kononnya dihantar oleh geng along yang memberitahu suaminya berada bersama mereka. Malah meminta membayar wang tebusan sebanyak RM200,000 sebagai syarat membebaskan suaminya.

Si isteri yang terkejut dengan ugutan itu terus menghubungi ahli keluarga bagi meminta bantuan menyelamatkan suaminya yang kononnya diculik. Malah, ketika perbincangan dengan ahli keluarga, si isteri menerima satu lagi SMS memberitahu suaminya diseksa.

Si isteri yang percaya dengan ugutan itu, cuba menghubungi semula suaminya beberapa kali, namun gagal. Si isteri dan keluarganya akhirnya sepakat melaporkan kejadian itu kepada polis.

Usaha pantas polis akhirnya mengesan yang suaminya bersembunyi di sebuah rumah di selatan tanah air. Si suami yang terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa hanya mampu terdiam dan mengaku ‘berlakon’ diculik bagi mendapatkan wang daripada isterinya.(petikan HM)


P/s : Lakonan si suami tak menjadi.... :P

Gambar Perkahwinan Artis Malaysia Ezlynn Dan Adam


Gambar Perkahwinan Ezlynn Dan Adam, artis Malaysia. Cantikkan, semoga kekal sehingga ke anak cucu, amin.


25 November 2011

Kisah Adik Ku Tengok Kemalangan


“abang adik tengok kemalangan tadi..” jerit adiknya..

“ye kah, kat mana?”

“dekat rumah kawan abang....”

“Ya Allah, terok kah??”

“tak lah, tapi lucu juga!!”

“apa pula lucunya orang kemalangan ini adik?”

“adik ada tangkap gambar kemalangan tu...tengoklah sendiri...”

“Ya Allah.....ini kemalangan yang melucukan...kasian dorang....”

Cara Terbaik Nak Pakai Shawl


Aku rasa ini adalah cara yang terbaik nak pakai shawl, nampak macam mudah. Kalau pakai tudung tu janganlah pakai pakaian yang ketat-ketat ye. Tudung ok, pakaian pula tak ok....

Tudung yang berfesyen tak apa, Cuma cara nak pakai tudung tu biar betul. Kepala sudah ditutup dengan cantik tetapi bahagian-bahagian badan tertentu dibiarkan ‘tertonjol’

Perlu di ingatkan : Menutup aurat dan memakai tudung adalah 2 perkara yang berbeza. Jika anda memakai tudung, tapi masih menampakkan bentuk badan, maka anda masih belum sempurna dalam menutup aurat.

Masalah Kelahiran Anak Luar Nikah




Masalah anak luar nikah, siapa yang perlu di salahkan?? Ibu bapa? Anak itu sendiri? Atau kerajaan? Pertama sekali mengenai kerajaan, kerajaan telah gagal membendung masalah sosial melibatkan kelahiran anak luar nikah walau pun telah melaksanakan pelbagai program untuk mengatasi masalah ini.

Peningkatan jumlah kelahiran anak luar nikah dalam negara kita, telah membuktikan yang negara kita ini mengalami masalah sosial terutamanya hubungan seks yang bebas.

Tengok je kat blog ku ini, post yang popular semuanya berkaitan dengan seks. Terbukti pengujung lebih suka cerita mengenai seks berbanding dengan ilmiah. Tapi tidak semua.....hanya segelintir.

Laporan Bernama menyebut, seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Apa yang perlu di lakukan oleh kerajaan adalah meneliti masalah dari peringkat akar umbi bagi mengenal pasti punca sebenar peningkatan kes terbabit seterusnya menyelesaikan kes itu dengan baik.

Kita takut satu hari nanti hubungan seks bebas ini akan menjadi satu trend bagi masyarakat Malaysia. Ibu bapa pula jangan nak harapkan kerajaan, tolong didiklah anak itu dengan pendidikan agama yang sempuarna.

Kalau ibu bapa pun tiada pegangan agama yang kukuh maka anak pun akan ikut sama. Perlu di ingatkan lagi, ibu bapa tolong kawal anak-anak anda daripada melayari laman-laman tidak senonoh dalam Internet kerana bimbang mereka akan meniru aksi dan mempraktikkan apa yang dilihat.

P/s : Jangan biarkan anak anda tergolong dengan hubungan seks bebas!

Berapa Banyakkah Jenis Lalat?




Banyakkah jenis lalat ini?? lalat betina, lalat jantan, lalat gay...gurau je!! Lalat adalah sejenis serangga yang mempunyai dua sayap yang sangat di takuti oleh manusia.

Namun di sebabkan lalat ini mudah membiak di tempat-tempat buangan sampah-sarap dan najis, maka mansia terpaksa menghadapinya juga dari semas ke semasa.

Lalat yang berada di rumah tu namanya lalat rumah. Lalat ini sering kali menerjah makanan yang berada di rumah, terutamanya makanan yang telah terhidang atau terdedah. Lalat ini akan membawa segala kuman-kuman yang boleh menyebabkan manusia menghidap penyakit.

Lalat Tsetse yang terdapat di Afrika, lalat ini boleh membunuh binatang dan juga manusia dengan membawa kuman penyakit tidur atau lebih di kenali sebagai trypanosomiasis.

Lalat warble, lalat hitam, lalat hessian adalahlah lalat yang merosakkan tumbuh-tumbuhan dan membawa penyakit terhadap binatang.

Lalat Pemurah adalah satu-satunya lalat yang tidak membawa kuman, dan tidak berpenyakit. Lalat ini terdapat di negara asia....dan lalat ini juga sedang membaca entri ini....dan sekarang lalat ini sedar dia di tipu dan tersenyum...tapi masih membaca entri ini.....baiknya lalat ini. :P

P/s : Jangan marah ye..... :P

Dirogol Dan Dibunuh


Kereta Yang Di Miliki Chiu Kong Min

Dirogol untuk memuaskan hawa nafsu yang merogol, mana kala di bunuh kerana takut di hukum atas kesalah merogol. Itulah manusia yang terlalu meletakkan hawa nafsu menjadi keutamaan dalam dirinya.

Ikut nafsu buruk padanya, macam kes ini, seorang guru piano yang bernama Chiu Kong Min, 31, apabila mayatnya ditemui dalam Perodua Myvi miliknya dengan kesan jerutan di leher serta tangan diikat di belakang badan....

Dalam kejadian itu kira-kira jam 7.45 pagi itu, Kong Min mulanya disangkakan tidur dalam kereta berkenaan dan cuba dikejutkan seorang individu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Kong Min yang duduk di tempat duduk pemandu tersebut didapati sudah tidak bernyawa, dan  individu terbabit segera melaporkan kejadian itu kepada polis.

Hasil siasatan mendapati Kong Min keluar rumah untuk mengajar piano seperti hari biasa, namun sehingga jam 12.30 tengah malam kelmarin, masih tidak pulang ke rumah.

Kong Min mengalami cedera ringan di kening kiri, kesan calar pada jari kedua-dua tangan selain luka di tangan dipercayai akibat bergelut dengan penyerangnya.

Selain itu, kedua-dua tangannya diikat menggunakan kabel pengikat dan ada kesan jerutan di leher, namun barangan peribadi Kong Min seperti telefon bimbit tidak diambil oleh penjenayah itu.(petikan HM)

P/s : Berhati-hati, pengajaran untuk kita semua......

24 November 2011

Kisah Adik Ku Ambil Gambar



“abang!! Adik tadi ada ambil gambar orang....tau”

“jadi, kenapa?”

“lucu lah gambar tu bang...dia tunggang motorsikal..”

“apalah yang lucunya, orang tunggang motorsikal tu.....”

“ala abang ini......lucu sangat....sini adik tunjukkan gambar nya....”

“mana, sini tengok!”

“na bang...ini lah gambarnya!”

“hahahaha.......pandainya adik abang!” 

10 Ciri Kawan Yang Menarik




Kawan apa? “kawan” ada macam-macam jenis, ada yang baik dan ada yang buruk. Yang baik tu, kalau kita mengalami kesusahan dia ada, tapi kawan yang buruk tu...waktu senang je dia ada...waktu susah...entah ke mana.

10 ciri-ciri kawan :

1.Seorang kawan yang bukan bersifat main fustal. Kenapa pula? Sebab mula-mula kejar....tapi bila dah dapat dia sepak jauh-jauh. Tak maulah kawan macam tu kan.

2. Kawan yang bersifat permainan skate, mula-mula gosok-gosok, lepas tu dia pijak. Kawan macam ini, kompom dia tikam dari belakang.....

3. Kawan yang bersifat permainan ragbi, mula-mula tangkap....lepas tu dia tendang. Kawan macam ini, seorang yang penyayang..tapi ada udang sebalik mee.

4.Kawan yang bersifat macam Pampers, dah pakai buang. Kawan macam ini, biasanya perempuan yang di gunakan oleh lelaki. Faham-faham je lah...

5.Kawan yang bersifat seperti barang kemas. Waktu baru beli dia pakai, dah sengkek dia gadai. Kawan macam ini, kawan yang tidak tahu apa erti menghargai seseorang...

6. nak tahu lagi jenis kawan, sila.....Klik Sini

P/s: macam-macam ada!

Perutnya Buncit...Kakitangan Awamlah Tu.




Jangan marah ye, kepada orang yang perutnya buncit. Kenapa dengan kakitangan awam? Sebeb kebanyakkan kakitangan awam mempunyai masalah kegemukan atau lebih di kenali sebagai obesiti.

Obesiti ini macam dah jadi satu trend dalam kalangan masyarakat kita ini biarpun ramai yang menyedari bahawa keadaan itu adalah penyumbang utama kepada penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis, kanser dan sebagainya.

Kalau orang tu dah mengalami obesiti, maka tandanya dia kurang sihat...bukan bertambah comel tau!! Bagi mereka yang mengalaminya, peluang mereka menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya amat mudah sekali.

Korang tahu kah apa itu Obesiti? Obesiti ini bermaksud orang yang suka sangat mengumpul lemak berlebihan di dalam badan. Obesiti ini juga di anggap satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.

Kalau dah orang tu banyak lemak, gemuk, perut buncit aktiviti dorang ini pun semakin berlemak...maksudnya semakin kurang......sama ada dari segi fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Jadi macam mana nak elekkan obesiti ini?? Seseorang itu harus melakukan senaman mengamalkan pengambilan makanan seimbang....bukan main hatam je makan......dan bagi kakitangan awam yang comel, luangkan masa untuk berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5,000 langkah.

P/s: jangan biarkan si lemak meliputi anda..... :)

Tips Untuk Kekal Bercinta Sehingga Nafas Yang Terakhir


Mak Ayah cayob Dengan Cucunya

Tpis ini untuk pasanag yang sudah berkahwin dan bukanlah 100% boleh menjanjikan ianya berkesan.

Sebeb perkara ini melibatkan dua pihak. Tapi dengan bermula dari diri kita sendiri, inys Allah kita akan kekal bersama pasangan kita sehingga nafas yang terakhir. Amin!

Sayang suami/isteri kita dengan hati, bukan dengan perasaan. Kenapa bukan dengan perasaan?? Kerana perasaan kita boleh sentiasa berubah, bukan mudah mengekalkan perasaan kita ini....jadi sayanglah suami kita dengan hati yang terbuka.

Sayangilah suami/isteri kita seadanya atau terima dia seadanya. Tak kiralah siapa dia, anak menterikah, orang kayakah, orang miskinkah....terimalah dia. Sebab kita nak hidup semati dengan dia, bukannya hidup dua tiga hari.....

Percaya atau yakin dengan suami/isteri kita. Dengan ayat yang lebih mudah... bersangkah baik....jangan mudah berfikiran negetif. Sebab bila kita mula berfikir yang bukan-bukan..mulalah perasaan syakwasangkah muncul. Dengan itu, apa saja yang dia buat pasti ada yang tak kena....

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi oleh kerana aku nak g makan..nanti kita sambung ye. 

P/s : Kalau korang nak tahu lebih lanjut.....lebih baik korang tanya mak bapak korang sendiri.....kan :P

23 November 2011

Kisah Pagar Rumah Abah


“Waaa abah, cantiknya kereta...abah baru belikah?”..kata anaknya

“ye, cantikkan....”

“tapi abah, boleh ke parking depan rumah kita ini?”

“kenapa pula abu?”

“tak lah, kereta ini panjang....macam tak muat je!”

“oooo, itu tak jadi masalah....sekarang ini, abu tolong mak kat dapur, abah nak buat sesuatu..!!”

“yelah....”

1 jam kemudian...

“abu, maknya....mari sini...tengok ini!!”

“ye kami datang....!” jerit mak....

“Ya Allah abang...buat malu jiran je!!”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive