Blog Ohsenyum

26 May 2011

Kepada Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan membuat laporan polis berhubung satu entri blog yang didakwa menghina agama Islam dengan memaparkan gambar seekor jerung di atas Kaabah selain menggunakan kata-kata yang menghina agama tersebut.


Ketika dihubungi FMT, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi berkata laporan akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (IPD), Kuala Lumpur jam 3.30 petang ini. Laporan polis itu dijangka telah dibuat apabila berita ini ditulis.

Menurut Irwan, beliau dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali telah membaca entri blog terbabit dan menyifatkan ia satu tindakan yang tidak bermoral dengan menghina Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Irwan berkata laporan itu untuk mendesak pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat lebih lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik atau jurublog tersebut.

“Ia satu penghinaan yang sangat kurang ajar dan melampau batasan. Saya minta orang yang bertanggungjawab hormati agama Islam.Maka kami mahu desak pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.

Kalau boleh letak orang yang terbabit dalam ISA…..kerana tiada toleransi bila membabitkan hal agama. “Kita perlu tegas kerana ia soal agama. Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada agama lain?,” soalnya.


Irwan berkata selain entri blog itu, Perkasa turut membuat laporan berhubung tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang memprotes ekoran dakwaan berlakunya salah urus dalam pengagihan biassiswa oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).




Sebelum tu, kiliklah “Facebook Share”  untuk sebarkan kt rakan-rakan kita......



22 May 2011

Mengenai Bola Sepak Tempatan




Aku dan rakan-rakan yang lain telah membuat kajian yang akan meningkatkan lagi mutu bola sepak tempatan. Kajian kami iaitu Kenapa Rakyat Malaysia Kurang Berminat Menonton Bola Sepak Tempatan, Terutamanya Di Stadium.

Kita dapat lihat, masa siaran langsung bola sepak.....kurang orang yang menonton bola sepak di stadium........ kecuali semasa final yang menentutkan sapa yang akan jadi juara. Setelah kami sendiri melihat dan mengkajinya, kami boleh simpulkan dengan gambar ini....



Sebelum tu, kilik lah “Facebook Share ”  untuk sebarkan dengan rakan-rakan kita......

18 May 2011

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN



Segman Ben Ashaari Jom Ikut :


Tutup hari jam 6 petang ni.. Cara menghantarnya  , sila buat satu entri ..
1.    Letak header BEN ASHAARI blog
2.    Tajuk : BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN dan linkkan ke entri sila kilik sini
3.    Jawab soalan tersebut , tidak lebih 100 patah perkataan ..



Wang Hantaran Perkahwinan, adalah hadiah terhadap bakal isteri yang menunujukkan tanda kegembiraan bakal suami mendapat bakal isteri. Wang hantaran perkahwian, dalam islam adalah tidak wajib.

Setujukah Anda Bahawa Wang Hantaran Perkahwinan Disediakan 100% Oleh Pihak Pengantin Lelaki ?

Soalan ini bergantung dengan kemampuan pengantin lelaki. Sekiranya penganting lelaki ini, mampun untuk menyediakan hantaran perkahwinan 100%, agama pun tak melarangnya, maka saya bersetuju.

Tetapi sekiranya pengantin lelaki tidak berkemampuan, seperti mana yang di buat oleh kebanyankan pengantin. Lebih baik berkongsi bersama dengan pengantin perempuan mengenai wang hantaran perkahwinan.

Wang hantaran perkahwinan, di nasihatkan jangan sesekali di utamanya dalam perkahwinan. Ini kerana, ianya tidak termasuk dalam hukum perkahwinan dalam Islam.


Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad) 





7 May 2011

Masalah Tentang Tangkap Khalwat





Benda yang kita tak nampak, Tuhan tak wajibkan kita... sebab kita tak nampak. Orang yang buat maksiat dalam bilik hotel, kita tak tahu sama ada dia buat benda tu atau tak..kan.

Agama tak suruh kita, pergi ketuk pintu hotel untuk mengetahui orang tu dah menikah atau tak....sebab kita tak nampak orang tu buat atau tak...kita baru nak tahu kan....mana boleh macam tu.

Sapa yang tutup aiban orang muslim, orang tu, Allah akan tutup aibnya pada hari kiamat. Tuhan tak suka kita tuduh-tuduh orang tanpa bukti. Sebab itu lah, sapa yang berzina kena bawa 4 orang saksi, kalau kurang saksi...orang tu kena 80 sebatan...manakala yang berzina 100 sebatan...tapi ingat sebatan bukannya sebatan undang-undang sekarang.

Media masa kadang kala suka sangat mengaibkan orang awam. Hinggakan mereka sanggup masuk ke bilik-bilik hotel untuk menunjunkkan masyarakat yang mereka berzina. Agama tak suruh, malah agama suruh kita tutup keaiban orang....jangan dedahkan kat masyarakat. Banyak cara lain untuk menunjukan pengajaran mengenai zina....

Kalau pun orang yang di bilik hotel itu berzina....orang tu tetap berdosa!! Janganlah takut sangat sebab....Allah maha adil, dah Allah akan balas orang tersebut di akhirat...kan kita kena beriman adanya hari kiamat.....adanya pembalasan dari Allah.

Kalau orang yang di luar hotel, contohnya orang yang tengah “dating” berpegang tangan....itu baru agama suruh kita mencegah...bawalah 4 orang saksi...janganlah p sendiri-sendiri.....sapa yang nak pecaya kan!!!

Maksiat yang dibanteras secara keras oleh Islam adalah maksiat yang berlaku secara terbuka kerana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim. Adapun maksiat berlaku secara sembunyi dan hanya membabitkan soal peribadi insan, bukan keselamatan awam, maka ia tidak didedahkan.

Fikir-fikirkan......





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive