Pelajar luar bandar antara yang paling terjejas kesan daripada pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 yang lepas.
Kajian menyeluruh mendapati PSSMI yang dilaksanakan tersebut tidak mencapai objektif. Tidak hanya menjejaskan prestasi pelajar dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut, kedudukan pencapaian dua mata pelajaran ini juga didapati menurun.
Setiap inovasi yang melibatkan perubahan dasar, kurikulum, program dan aktiviti pelajar serta pelajar sekolah harus mengambil kira faktor kesediaan guru.
Guru adalah pelaksana dasar, penyampai inovasi kepada pelajar dan murid dalam bilik darjah. Dalam kes PPSMI kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru itu sendiri amat rendah daripada yang diinginkan.
Justeru, kabinet telah bersetuju untuk memansuhkan PPSMI dan kembali melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk kebaikan sistem pendidikan negara.
Meskipun PPSMI akan dimansuhkan namun kerajaan akan terus memperkasakan penguasaan BI di kalangan pelajar dan murid menerusi kaedah yang berlainan.
Kita tidak akan meminggirkan bahasa Inggeris dan akan melakukan pengubahsuaian ke atas kurikulum sekolah untuk memastikan bahasa antarabangsa ini terus diperkukuhkan.
Susulan pemansuhan PPSMI, semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dibenarkan untuk terus menggunakan BM atau BI dalam pelaksanaan PPSMI sehingga kohort terakhir tamat pada 2015 dan 2020.
Muhyiddin dalam kenyataannya Jumaat lepas memberi kebebasan kepada pihak sekolah bertujuan memastikan proses pembelajaran sedia ada di lebih 9,900 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara tidak terjejas khususnya sepanjang proses pertukaran antara dasar PPSMI dan MBMMBI.
P/s : Kuasai Bahasa Inggris, Inys Allah....ilmu akan makin bertambah

No comments:
Post a Comment