Suami pukul isteri tak jadi masalah, dalam agama Islam pun membenarkan suami pukul isteri. Cuma cara pukul tu kenalah mengikut cara Islam, bukannya macam kes ini, sampai muka isterinya ditekap dengan sterika panas...
Dan di pukul selama 15 minit, selepas tu leher si isteri di jerut dengan selandang dan di gantung di kipas oleh suaminya.....fuuwooo! kerja gila!
Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras. Apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan isterinya bertanya mengapa mahu berbuat demikian.
Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka isterinya. Terkejut dengan tindakan suaminya, si isteri pun menangis dan meminta dikasihani.
Namun rayuannya itu tidak diendahkan suaminya yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul si isteri menggunakan tangan dan kakinya. Penderitaan si isteri tidak berakhir di situ apabila suaminya yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang si isteri dan menjerut lehernya.
Lebih kejam si suami mengangkat si isteri dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.
Si suami terus meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher isterinya terputus.
Sebaik terselamat, si isteri berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis.(petikan HM)
P/s : Kasian kaum hawa...menjadi mangas keganasan rumah tangga

No comments:
Post a Comment