Kanak-kanak yang gagal menguasai kemahiran membaca walaupun setelah mengikuti program Literasi dan Kemahiran Angka (LINUS) yang dijalankan secara berperingkat sehingga tahap tiga berkemungkinan besar menghadapi simptom disleksia.
Dan sekiranya simptom ini terdapat pada kanak-kanak atau murid tersebut, dia perlulah menghadiri kelas keperluan khas untuk membantu pembelajaran mereka.
Semua sekolah perlu mempunyai kelas khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dengan keperluan khas, disleksia dan autisme. Malangnya, tidak semua sekolah mempunyai kelas jenis itu yang menyebabkan kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas terpaksa menghadiri kelas biasa.
Walhal mereka sepatutnya berada di dalam kelas keperluan khas. Oleh itu, Jabatan Pelajaran perlu mengambil usaha agar murid-murid ini menjalani program LINUS.
Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kepada kanak-kanak agar mereka dilengkapi dengan kemahiran asas sebelum memasuki pendidikan formal.
Menyedari kepentingan itu, kerajaan perlu memastikan semua kanak-kanak menjalani pendidikan prasekolah yang akan melengkapkan mereka dengan kemahiran membaca, menulis, mengira dan berfikir.
P/s : Pastikan anak anda tidak mempunyai simptom ini....

2 comments:
hmm, bahaya juga kalo cam tu, kaedah yang baik dengan alam semulajadi gak untuk selesaikanya. orang kite penggil kemahiran 3M tu ker?
Salam bro
ibu bapa wajib menjadi guru dulu..
http://pemudattbc.blogspot.com/2011/11/masih-kecil-dah-pandai-mencuri.html
Post a Comment