Blog Ohsenyum

28 November 2011

Penyakit Tidak Berjangkit Antara Pem­bunuh Nombor Satu Negara




Mesti korang tertanya-tanya apa itu penyakit tidak berjangkit? Kenapa boleh menjadi pembunuh nombar satu negara? Pertanyaan korang akan terjawab di sini.

Penyakit tidak berjangkit ini adalah penyakit  seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetes dan kencing manis....fahamkan. Penyakit ini menjadi pembunuh nombar satu negara sebab statistik dari ke­menterian menunjukkan bahawa sebanyak 60 peratus kematian di hospital negara ini adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit ini.

Dan  angka kematian ini lebih tinggi daripada angka ke­matian penyakit berjangkit tau. Jadi jangan pandang rendah pada penyakit tidak berjangkit, mungkin anda menghidap salah satu penyakit di atas.

Antara penyebab utama penyakit ini adalah tidak lain tidak bukan, permakanan kita. Kita hidup di dunia ini bukannya “hidup untuk makan” tapi “makan untuk hidup”.

Cara terbaik untuk atasi penyakit ini adalah dengan  amalkan merokok dan minum alkohol.....upsss jangan perasaanlah ye. Ini adalah penyebab paling  mudah kita mendapat penyakit tidak berjangkit itu.

Anggaplah setiap kita ini adalah seorang doktor, doktor kepada diri sendiri. Cubalah amalkan membuat pemeriksaan awal bagi mengetahui tahap kesihatan diri sendiri.....

Jangan sampai last-last minit baru nak cek kesihatan, jangan ingat kita ini sentiasa muda, kata orang.......sediahkan payung sebelum hujan. Jangan sampai jadi macam ini....Klik Sini

P/s: jangan baca je, amalkan ok!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive