Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang berkualiti,
bukan sahaja dalam bidang akademik semata-mata, malah dalam bidang kokurikulum
dan personaliti yang berketerampilan.
Pelajar merupakan bakal pemimpin pada masa depan, dan hala tuju negara
berada dalam tangan mereka. Oleh itu, guru berperanan penting dalam membentuk
jati diri para pelajar untuk menjadi insan berguna pada masa depan.
Guru tidak kira dari Semenanjung Malaysia mahupun Sabah dan Sarawak
mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk modal insan dalam diri pelajar,
selain daripada menyampaikan ilmu pengetahuan untuk kegunaan mereka pada masa
depan.
Pelajar seharusnya berterima kasih dan menghargai jasa guru dalam membentuk
dan mendidik mereka. Malah, usaha membentuk pelajar cemerlang bukan sekadar
terletak di tangan guru semata-mata.
Kerjasama daripada ibu bapa pelajar serta kakitangan sekolah yang lain juga
penting dalam usaha mendidik anak-anak kita. Kerajaan sudah menyediakan
kemudahan pendidikan yang secukupnya, malah menyediakan tenaga pengajar. Oleh
itu, sokongan serta kerjasama daripada ibu bapa adalah amat penting.
Ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap setiap pergerakan anak-anak
mereka. Jangan sekadar melepas batuk di tangga. Selepas waktu sekolah,
anak-anak berada di bawah jagaan ibu bapa. Jangan ambil mudah tentang
pergerakan mereka.
P/s : Guru yang berkualiti
melahirkan pelajar cemerlang...setujuh?

2 comments:
yup...betul tu..tahniah..
yupppp tapi guru bukan super human bionic wo/man yg boleh melahirkan superhuman .... sbb superhuman tu terhasil dek sumer faktor lain termasuk diri sendiri.. kalau dah tegar pemalas,, hapeh
Post a Comment