Blog Ohsenyum

25 November 2011

Masalah Kelahiran Anak Luar Nikah




Masalah anak luar nikah, siapa yang perlu di salahkan?? Ibu bapa? Anak itu sendiri? Atau kerajaan? Pertama sekali mengenai kerajaan, kerajaan telah gagal membendung masalah sosial melibatkan kelahiran anak luar nikah walau pun telah melaksanakan pelbagai program untuk mengatasi masalah ini.

Peningkatan jumlah kelahiran anak luar nikah dalam negara kita, telah membuktikan yang negara kita ini mengalami masalah sosial terutamanya hubungan seks yang bebas.

Tengok je kat blog ku ini, post yang popular semuanya berkaitan dengan seks. Terbukti pengujung lebih suka cerita mengenai seks berbanding dengan ilmiah. Tapi tidak semua.....hanya segelintir.

Laporan Bernama menyebut, seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Apa yang perlu di lakukan oleh kerajaan adalah meneliti masalah dari peringkat akar umbi bagi mengenal pasti punca sebenar peningkatan kes terbabit seterusnya menyelesaikan kes itu dengan baik.

Kita takut satu hari nanti hubungan seks bebas ini akan menjadi satu trend bagi masyarakat Malaysia. Ibu bapa pula jangan nak harapkan kerajaan, tolong didiklah anak itu dengan pendidikan agama yang sempuarna.

Kalau ibu bapa pun tiada pegangan agama yang kukuh maka anak pun akan ikut sama. Perlu di ingatkan lagi, ibu bapa tolong kawal anak-anak anda daripada melayari laman-laman tidak senonoh dalam Internet kerana bimbang mereka akan meniru aksi dan mempraktikkan apa yang dilihat.

P/s : Jangan biarkan anak anda tergolong dengan hubungan seks bebas!

1 comment:

P A U L I N E said...

yeah.. people always blame the girl in this type of situation.. but did they find out what are the causes for the children to behave this way.. **nice sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive