Blog Ohsenyum

20 November 2011

Majlis Perkahwinan Artis Menelan Belanja RM15 Juta





Perkahwinan adalah satu perkara yang perlu di laksanakan. Tapi Sampai RM15 juta perbelanjaan  untuk apa? Inilah yang berlaku dengan artis Malaysia, 15juta bukan sikit...

Nur Shid’la Ahmad Kamarudin (Syella), 26, bertemu jodoh dengan ahli perniagaan. Cinta mereka berputik tanpa dirancang kerana sebelum itu Syella menyulam kasih dengan orang lain.

Syella yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan, dia berkenalan dengan suaminya pada 2006 yang mana ketika membuat persembahan pada suatu majlis amal.

Majlis perkahwinan Syella menelan belanja RM15 juta termasuk nilai barang hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Sebagai tanda kasih suaminya, pada hari berbahagia itu Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Namun semua barang mewah dan mahal itu bukan dia minta tetapi atas kerelaan suaminya sendiri sebagai bukti cinta buatnya.

Semua persediaan perkahwinan, Syella sendiri keluarkan belanja RM800,000 dan selebihnya daripada suami. dia tak kisah berhabis kerana perkahwinan ini adalah sekali seumur hidup.

Pada majlis resepsi itu Syella mengenakan dua pasang gaun rekaan Hatta Dolmat yang setiap satunya berharga RM60,000.(Petikan HM)


P/s: Gila...perbelanjan macam tu RM15 Juta!!

2 comments:

Cik Sara said...

Hanya mampu gelengkan kepala...
Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat supaya ia benar-benar menjadi "perkahwinan sekali seumur hidup..".. Kalau tak, jenuh turun naik mahkamah buat tuntutan.. nauzibillah.. semoga terhindar dari penceraian..

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

itulah.....manusia kalau dah duit byk tak tau nak laburkan kemana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive