Ye!! ini adalah kisah benar yang berlaku di negara kita. Remaja kini sudah tidak takut dengan hukuman dan akibat kelakuan mereka. Sehinggakan mereka sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri mereka sendiri. Macam kes ini.....
Remaja perempuan berusia 16 tahun yang masih bersekolah telah dilaporkan hilang oleh keluarganya dan dikurung dalam satu unit kediaman di pangsapuri di Puchong, sejak dua minggu lalu.
Remaja perempuan ini, terpedaya dengan janji manis teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab dan berkahwin dengannya. Namun, janji tidak ditunaikan, malah mangsa dipaksa menggugurkan kandungan.
Remaja ini, mengandung dua bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tidak lagi bersekolah juga berdepan maut apabila dipaksa menelan pelbagai ubat-ubatan bagi menggugurkan kandungannya.
Tujuan mereka menggugurkan kandungan remaja perempuan ini adalah, bagi mengelak diketahui jiran mengenai hubungan sumbang mereka.
Perbuatan kejam dua beranak itu membuatkan dia tertekan dan cuba melarikan diri dengan keluar dari rumah, namun hampa selepas semua pintu dikunci dari luar.
Remaja tersebut akhirnya menjumpai alat jalur lebar yang dimiliki teman lelakinya sebelum menghubungi ibunya melalui e-mel. Ibu remaja tersebut datang bersama beberapa anggota polis ke rumah terbabit dengan memecahkan pintu besi.(petikan myMetro)
P/s : Ya Allah, manusia kah apa ini??

2 comments:
bila dah buat salah...yang salah pun nampak benar je....apa nka jadi dengan dunia akhir zaman ni kan?
mak lelaki pun subahat? eyy...
Post a Comment