Blog Ohsenyum

19 November 2011

Kenapa Tak Boleh Makan Khinzir



Ini adalah soalan yang biasa kita dengar oleh orang yang bukan muslim mahu pun orang muslim itu sendiri. Ramai antara kita, hanya mengetahui Khinzir adalah haram.

Untuk pengetahuan anda daging khinzir boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakin yang akan kita hadapi, iaitu tidak kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit yang pelbagai.

Seseorang itu boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi. Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum, cacing pita.

 Ia tersimpan di dalam uus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai hampir ke semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan.

Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung, jika memasuki mata akan menyebabkan buta, jika memasuki hati akan mengakibaktna kerosakan hati. Ia boleh merosakkan hampir kesemua organ tubuh. Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis.

Tanggapan salah paling umum mengenai daging khinzir ialah, jika ianya dimasak dengan betul, ovum-ovum tersebut akan mati. Dalam satu projek penyelidikan yang dijalankan di Amerika, didapati daripada dua puluh empat orang yang menghidap Trichura Tichurasis, dua puluh dua telah memasak daging khinzir tersebut dengan betul. Ini menunjukkan bahawa ovum yang terkandung di dalam daging khinzir tidak mati pada suhu masakan yang normal.

Al-Qur’an melarang memakan daging khinzir didalam tidak kurang daripada 4 surah berlainan.Larangan tersebut terkandung didalam 2:175, 5:3, 6:145 dan 
16:115.

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah….” [Al-Maaidah 5:3]

P/s : Entri ini hanya untuk pengetahuan anda, Bagi orang muslim...Ingat Haram memakan Khinzir..

2 comments:

faizulosman said...

mmg menggelikan... sebab tu kita diharamkan makan daging babi... cacing yg trdapat pada babi takkan mati walau dgn apa cara sekalipun kecuali dgn air tanah... sb tu kita kene sertu najis babi sekiranya terkena dengan air tanah...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/11/amalan-ayatul-kursi.html

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

betul tu...saya sokong bro!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive