Blog Ohsenyum

17 November 2011

Keamanan Dan Ketenteraman Bermula Dengan Kanak-Kanak



Penglibatan kanak-kanak seawal usia empat sehingga enam tahun dalam program yang dapat meningkatkan perpaduan kaum mampu mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara pada masa akan datang.

Generasi muda, perlu diserap dengan nilai-nilai murni yang membawa kepada pengukuhan perpaduan rakyat pelbagai kaum. Kita percaya dan yakin jika generasi kecil ini sudah dilentur dengan nilai-nilai permuafakatan dan kerjasama, maka Malaysia tidak lagi berdepan dengan masalah kacau-bilau atau suasana tidak aman...Insy Allah.

Kanak-kanak kecil harus diberi peluang untuk mengikuti program yang dapat meningkatkan interaksi mereka bersama kanak-kanak lain. Pada usia yang muda ini, mereka boleh belajar dalam suasana mesra dan bebas bergerak serta berinteraksi antara satu sama lain seterusnya mencetuskan ikatan akrab di kalangan kanak-kanak berlainan kaum.

Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dengan memberi galakan kepada anak-anak supaya bergaul dan berkawan dengan kanak-kanak berlainan bangsa, adat dan agama.

Banyak program yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk memberi pendidikan sempurna kepada kanak-kanak namun penglibatan kanak-kanak dan guru sahaja tidak mencukupi sebaliknya penyertaan ibu bapa juga perlu

Oleh itu, ibu bapa perlu terlibat sama dalam program yang dianjurkan oleh institusi pendidikan sama ada di peringkat tabika atau persekolahan formal.

P/s: Mulakan perjalanan dengan langkah yang pertama!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive