Blog Ohsenyum

13 November 2011

Jangan Mudah Percaya Dengan Habuan Seks


Aku percaya, mana-mana agama atau kepercayaan akan menyuruh kita menjadi manusia yang baik dan menjauhi diri daripada melakukan kejahatan. Tapi terdapat kepercayaan yang menyuruh kita menjadi seorang yang lebih jahat!!

Kepercaya apakah itu?? Nak tahu?? Kepercayaan permujaan syaitan, macam kes ini, habis remaja lelaki menjadi mangsa......

Dua orang gadis di Amerika Syarikat didakwa mengikat dan menoreh seorang remaja lelaki lebih daripada 300 kali semasa ritual permujaan syaitan yang turut berunsurkan seks yang dijalankan selama dua hari.

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemui dalam keadaan berdarah dengan kecederaan  di leher, kaki, lengan dan belakang.

Remaja tersebut dipercayai bertemu dengan Rebecca Chandler, 22, dan Raven Larabee, 20, di internet sebelum bertemu dengan kedua-dua gadis itu di pangsapuri mereka. Remaja itu dikatakan telah dijanjikan habuan seks oleh pasangan itu.

Chandler mendakwa bahawa torehan di anggota badan antara pasangan itu dengan remaja tersebut adalah persetujuan bersama namun kemudiannya "menjadi tidak terkawal."

Antara buku yang dijumpai di apartmen itu termasuklah The Werewolf’s Guide to Life, The Necromantic Ritual Rule Book andIntro to Sigilborne Spirits. Kedua-dua gadis yang masih belum didakwa itu ditahan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

Sumber Klik Sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive