![]() |
| Kereta Yang Di Miliki Chiu Kong Min |
Dirogol untuk memuaskan hawa nafsu yang merogol, mana kala di bunuh kerana takut di hukum atas kesalah merogol. Itulah manusia yang terlalu meletakkan hawa nafsu menjadi keutamaan dalam dirinya.
Ikut nafsu buruk padanya, macam kes ini, seorang guru piano yang bernama Chiu Kong Min, 31, apabila mayatnya ditemui dalam Perodua Myvi miliknya dengan kesan jerutan di leher serta tangan diikat di belakang badan....
Dalam kejadian itu kira-kira jam 7.45 pagi itu, Kong Min mulanya disangkakan tidur dalam kereta berkenaan dan cuba dikejutkan seorang individu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, Kong Min yang duduk di tempat duduk pemandu tersebut didapati sudah tidak bernyawa, dan individu terbabit segera melaporkan kejadian itu kepada polis.
Hasil siasatan mendapati Kong Min keluar rumah untuk mengajar piano seperti hari biasa, namun sehingga jam 12.30 tengah malam kelmarin, masih tidak pulang ke rumah.
Kong Min mengalami cedera ringan di kening kiri, kesan calar pada jari kedua-dua tangan selain luka di tangan dipercayai akibat bergelut dengan penyerangnya.
Selain itu, kedua-dua tangannya diikat menggunakan kabel pengikat dan ada kesan jerutan di leher, namun barangan peribadi Kong Min seperti telefon bimbit tidak diambil oleh penjenayah itu.(petikan HM)
P/s : Berhati-hati, pengajaran untuk kita semua......

2 comments:
woah! ngerinyaaaaaaaaaaaa!! http://mazeermohamad.blogspot.com/ follow me nack my friend!
waaaa...ok!
Post a Comment