Blog Ohsenyum

21 November 2011

Cara Menyucikan pakaian yang terkena darah haidh





Ini salah satu cara untuk kita menyuci pakaian darah hadih. Upsss silap bukan kita, khas untuk wanita. Inys Allah. Jangan lupa kongsi ilmu tu dengan kawan-kawan...

Dari Asma’ binti Abi Bakr, beliau berkata,

“Seorang wanita pernah mendatangi Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian dia berkata,  “Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haidh. Apa yang mesti kami perbuat?”

Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,

“Buangkan darah haidh dari pakaian tersebut kemudian kikislah kotoran yang masih tersisa dengan air, lalu cucilah. Kemudian solatlah dengannya”

Kalau masih ada bekas darah haidh yang tertinggal setelah dibersihkan tadi, maka hal ini tidaklah mengapa. Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata bahawa Khaulah binti Yasar berkata pada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam,

 “Wahai Rasulullah, aku hanya memiliki satu pakaian. Bagaimana ketika haidh saya memakai  pakaian itu juga?”

Lantas Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Jika engkau telah suci, cucilah bahagian pakaianmu yang terkena darah lalu solatlah dengannya.”

Lalu Khaulah berkata lagi,

“Wahai Rasulullah, bagaimana jika kesannya (kesan darah) tidak hilang?”

Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,

“Air sudah cukup untuk (sudah menghilangkan najis tersebut), sehingga kesannya (kesan darah haidah) tidaklah membahayakanmu.”

Jika wanita ingin membersihkan darah haidh tersebut dengan menggunakan kayu sikat atau alat lainnya atau dengan menggunakan air dan sabun atau pembersih lainnya untuk menghilangkan darah haidh tadi, maka ini lebih baik.

2 comments:

Farrah MF said...

terima kasih atas perkongsian ini :)

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

sama2 farrah....Inys Allah..apa yang aku tahu aku kongsi bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Blog archive