Kenapa anak lari dari rumah? adakah cara untuk mengatasinya? Ada, antara sebab kenapa anak lari dari rumah ialah rumah kita dari pandangan anak kita adalah rumah yang penuh dengan tekanan. Antara perkara yang perlu di lakukan oleh ibubapa ialah :
1. Amalkan sifat bersih dan teratur penting dalam membentuk kesejahteraan rumah tangga dan menarik minat anak untuk duduk di rumah. Jika rumah berselerak, fikiran juga jadi berserabut dan anak akan lari ke tempat lain yang dirasakan lebih selesa.
2. Ibu bapa yang mengamalkan hidup berlandaskan tuntutan agama juga biasanya lebih mudah mendapat rasa hormat anak. Sebagai contoh, ibu bapa yang mendirikan solat sebaik masuk waktu, secara tidak langsung memberitahu anak bahawa mereka mempunyai disiplin.
3. Disiplin di rumah yang mudah seperti makan bersama, makan di meja makan dan memberi tugas kepada anak untuk membantu ibu atau ayah menyiapkan dan mengemas meja makan juga memupuk rasa tanggungjawab anak.
4. Makan bersama seisi keluarga perlu dijadikan aktiviti harian. Ia boleh membentuk hubungan antara ibu bapa dan anak. Walaupun bercakap ketika makan dianggap kurang sopan mengikut budaya kita, ketika inilah antara waktu sesuai untuk mengetahui aktiviti harian anak.
Jangan sesekali amalkan konsep layan diri di rumah. Apabila konsep ini wujud, anak akan memilih untuk makan sendirian dan apabila bersendiri, mereka biasanya lebih suka makan depan televisyen.
Ini amalan yang sangat tidak sihat bukan kepada hubungan keluarga, tetapi pada tahap kesihatan jangka panjang.
P/s : Rasanya itu saja yang mak aku beritahu aku, patutlah aku rasa suka duduk rumah ....

No comments:
Post a Comment