Baca je tajuk utama ini, adu na, rasa nak jadi Pencegah Maksiat 24 jam (tambirang/sombong). Bukan nak salahkan kerajaan, kerajaan dah buat mcm2 untuk mengatasi benda ini. Tapi semua tu, bergantung dengan didikan ibu bapa, and kepala otak budak tu (adu na, kasarnya)
61,231 atau 26.09% daripada 234,674 kelahiran anak luar nikah yang direkod dalam negara ini pada tahun 2006. Pada tahun 2009, 15,207 anak luar nikah yang direkod lebih rendah daripada tahun 2010, iaitu 15,645. Biasalah bangsa yang paling tertinggi (gurau ye) kaum melayu sebanyak 1,204 pada tahun lalu, di ikuti cina 206 dan india 20. Kaum2 lain (rakyat Malaysia dan rakyat asing) 14,215. (pening tengok nombor kan hahaha).
Di seluruh negara pada tahun 2010 sabah menduduki tangga teratas dari segi kelahiran anak luar nikah dengan 15,647, pastu Selangor 7,610, Sarawak 6,099, Johor 5,251 dan w.p Kuala Lumpur 3,318. Ada banyak lagi, tapi malas nak tulis. Ini je yang sempat (boleh lah bah kan). Sabah ini, ada masalah sikit mengenai pendatang tanpa izin. Jadi dorang ini juga menyumbang kepada anak luar nikah, yelah bercinta dengan anak tempatan.
Dulu aku perna berkerja di Hospital sebagai pegawai kebajikan (Pratikal). Pada pendapatku, rekod anak luar nikah ini, biasanya masalah perkahwinan. Yelah, dorang ini biasanya kahwin di kampung, jadi dorang tak lah ikut prosedur perkahwinan yang di tetapkan kerajaan. Jauh bah kampung dengan bandar, nak panggil Tok Imam mmmm 2 kali 5 juga dengan c pengantin. Jadi dorang tak mendaftarlah perkahwianan dorg, yang penting sah, jalan.....
Dan bila dah isteri mengandung, dibawa ke Hospital. Na!!! Di situlah dorang ini di anggap anak yang dilahirkan itu, anak luar nikah. Kadang kala, c suami ini bukan warganegara, takut nak p hospital. Jadi bila doktor tanya, mana suami? C isteri jawap tak ada. (faham2 je lah keadaan negeri Sabah ini). Masalah penduduk pedalaman je yang tak dapat ikut peraturan yang di buat. Tapi penduduk bandar (lu fikirlah sendiri). Kalau dah gatal, kahwin lah. Ini kes2 bercinta ini, terutamanya remaja.
Harap,(waaa mcm penutup je, ada “harap”) korang semua yang ada adik2 lelaki and pempuan, terutamanya perempuan. Nasihatkan lah dorang, jangan mudah dengan godaan dengan pujuk rayau lelaki. Walau pun nak pegang tangan, katakan "Tak Nak Lelaki Gatal" (waaa mcm slogan je hahaha). Korang juga ye, jangan mudah terperdaya, kalau nak sangat, ajak kahwin. Hari2 le dapat, (lama2 bosan hehehe). Lagi satu, masalah hantaran ini. Adu na, jangan lah mahal sangat, sebab tu lah lelaki ini malas nak kahwin. Cuba bayangkan kalau hantara tu RM2000 je,waaa ramai dah lelaki umur 20 tahun pun kahwin, malah umur 50 tahun pun le kahwin (gurau je hahaha)......



3 comments:
hurmm..susah nak ckp zaman sekarang ni ramai org da terdedah kpd gejala sosial..
amacam Yub? Jadi ka ko join geng badminton dorang si Erni Misran. Main di Taman Da Hua Dewan akademik.. Setiap Isnin dan Rabu tu.. Reply
maseh boleh fikir tu.. kalau buang anak camne? tak ke setan?
Post a Comment